Aplikasi Maxis BPL 2011/2012 Ditawarkan Untuk Pengguna iOS Dan Android

Aplikasi Maxis BPL 2011/2012 Ditawarkan Untuk Pengguna iOS Dan Android

Diterbitkan pada Sep 25, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang amat diminati oleh ramai penduduk Malaysia adalah bola sepak, dan menariknya, mengambil peluang tersebut, kini Maxis menawarkan sebuah aplikasi khas untuk para pengguna Android dan iOS, dimana mereka boleh mengikuti pelbagai kemaskini berkenaan Liga Perdana Inggeris untuk musim 2011/2012 terus dari peranti mudah-alih mereka.

Walaupun dalam penerangan untuk aplikasi Maxis BPL tersebut, Maxis mengatakan ianya hanya untuk pengguna Maxis sahaja, namun percubaan kami untuk memuat-turun tanpa menggunakan kad-SIM berjaya tanpa sebarang masalah. Cuma untuk versi iPad, ia dilihat yang mana aplikasi tersebut meminta untuk memuat-turun melalui iTunes pada desktop.

Melalui aplikasi Maxis BPL 2011/2012 ini, ia membawakan pelbagai kemaskini, dimana pada skrin utama apabila kita klik masuk sahaja, senarai skor-skor perlawanan semasa diperlihatkan. Selain daripada itu, melalui aplikasi tersebut, para pengguna turut sama boleh mengikuti pelbagai berita-berita sukan bola sepak antarabangsa, selain kedudukan liga dan sebagainya terus melalui satu aplikasi.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Maxis BPL 2011/2012 terus daripada Android Market ataupun melalui AppStore pada peranti iOS atau iPad anda.

Jadi, mungkinkah selepas ini kita akan dapat melihat aplikasi untuk Liga Malaysia diperkenalkan?


TIPS & ULASAN