Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, pada awal minggu ini, Google telah pun membuka Google+ kepada semua, membolehkan semua pengguna mendaftarkan padanya tanpa sebarang keperluan pautan jemputan lagi. Dan selain daripada itu, Google+ turut memperkenalkan beberapa kemaskini, termasuk fungsi carian, dan sokongan Hangout pada aplikasi mudah-alih.

Kini, dengan itu, semestinya, kita boleh nantikan Google+ berkembang kepada fasa seterusnya, dengan memperkenalkan beberapa lagi perkara yang masih tidak disokong oleh Google melalui laman sosial mereka.

Salah satunya merupakan sokongan aplikasi mudah-alih pada pelbagai peranti lagi, termasuk Symbian, Windows Phone dan juga BlackBerry. Seperti sedia maklum, laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter sama-sama menawarkan aplikasi mereka pada semua platform, dan mungkin Google turut akan melakukan perkara sama tidak lama lagi.

Dan satu lagi fungsi yang semestinya dinantikan ramai pengguna adalah sokongan halaman Google+ khas untuk pengguna perniagaan dan untuk jenama, seumpama Facebook Pages. Sebelum ini, Google pernah membuka pendafaran ujian beta untuknya, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Namun masih tiada sebarang berita mengenainya buat masa ini.

Kini, dengan pelancaran Google+ mungkin kita boleh nantikan kedua-dua fungsi ini dilancarkan oleh pihak Google tidak lama lagi, dalam terus bersaing dalam dunia rangkaian sosial bersama-sama dengan pihak lain. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd