SOFEss (Projek 1MDB) Memperkenalkan Sokongan Facebook Connect
Aman
Selain daripada RakanSukan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan juga AppsMalaysia yang baru mengeluarkan aplikasi pertama mereka , SHEAL, salah satu projek yang turut sama menerima dana daripada Dana Belia 1Malaysia merupakan SOFEss, dan hari ini, mereka mengumumkan yang mana laman mereka turut sama menyokong pendaftaran melalui akaun Facebook bermula hari ini.
SOFEss (SOcial, Friends, Educational Study Solutions) merupakan salah satu rangkaian sosial yang memfokuskan pada pendidikan, membolehkan para pelajar berhubung antara satu sama lain, dan juga bersama-sama dengan guru-guru dengan mudah dan senang.
Sebelum ini, pada bulan Mac yang lepas, SOFEss telah dianugerahkan dengan dana sebanyak RM100,000 melalui Dana Belia 1Malaysia untuk membangunkan idea tersebut, dan kini ia kelihatan yang mana sedikit demi sedikit perkembangan mula diperlihatkan melalui laman yang dijana menggunakan phpFox itu.
