Selain memperlihatkan kotak pendaftaran untuk para pengguna yang tidak berdaftar, kini Twitter terus memperlihatkan perubahan pada laman mereka, dimana terkini Twitter memperlihatkan kotak untuk menjemput rakan-rakan menyertai Twitter dengan mudah. Kotak ini diperlihatkan dibahagian tepi laman, bersebelahan dengan garis masa dan kotak mengemaskini status.
Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi pada peringkat ujian, dan bukan semua pengguna dapat melihatnya. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Twitter memperkenalkannya kepada semua pengguna, dalam usaha bukan sahaja untuk mempromosikan perkhidmatan mereka, tetapi turut menambahkan pengguna mereka pada waktu yang sama.