Dengan Pengenalan Pelbagai Fungsi Baru, Isu Privasi Kembali Menghantui Facebook

Dengan Pengenalan Pelbagai Fungsi Baru, Isu Privasi Kembali Menghantui Facebook

Diterbitkan pada Sep 26, 2011 oleh .

Sejak perubahan baru diperkenalkan oleh Facebook bermula minggu lalu, privasi seperti tidak diutamakan oleh laman sosial terkemuka itu. Kini selepas satu demi satu laporan berkaitan dengan isu privasi dikeluarkan, kini laporan baru mengatakan log keluar Facebook pada pelayar web masih tidak mencukupi, dan segala aktiviti anda masih dirakamkan.

Pada minggu lepas, Facebook telah memperkenalkan fungsi Ticker, yang mana membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan aktiviti-aktiviti rakan mereka yang lain terus melalui bahagian Ticker yang dikemaskini dalam masa-nyata. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana segala aktiviti diperlihatkan, walaupun rakan anda itu komen pada status atau gambar rakan mereka lain yang bukannya rakan anda.

Facebook juga turut sama telah memperkenalkan fungsi Subscribe pada Facebook, membolehkan para pengguna lain mengikuti segala kemaskini anda yang dilabelkan umum dengan mudah tanpa perlu menambah anda sebagai rakan padanya.

Selain daripada itu, perkenalan fungsi Timeline terus melaporkan beberapa perkara dan isu lain berkaitan privasi, dimana beberapa aktiviti seperti bacaan artikel, penggunaan aplikasi Facebook dan sebagainya dikemaskini terus ke Timeline anda tanpa sebarang pengesahan daripada pemilik profil seperti sebelumnya.

Dan kini, melalui kajian baru, ia dilaporkan yang mana log keluar daripada Facebook sahaja masih tidak mencukupi, dimana ia dilaporkan yang mana Facebook masih boleh ketahui anda sedang melayari laman yang mana melalui cookie yang disertakan pada pelayar web, dan cara mengatasinya hanyalah dengan log keluar daripada Facebook sahaja.

Jadi, adakah lebih isu privasi akan menghantui kembali para pengguna Facebook, apatah lagi dengan Facebook Timeline, segala sejarah hidup anda dirakamkan dengan mudah. Apa kata anda?


TIPS & ULASAN