Cari @ Amanz

Nampaknya, kini Motorola agak aktif dalam pembangunan generasi kedua untuk beberapa peranti sedia ada. Selepas gambar Motorola Xoom 2 mula kelihatan sebelum ini, kini, peranti generasi kedua Motorola Atrix mula kelihatan dengan beberapa spesifikasi jangkaan yang bakal turut sama dibawakan olehnya.

Melalui Motorola Atrix 2, ia berkemungkinan akan membawakan skrin seluas 4.3-inci qHD, kamera 8-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, dan seperti sedia maklum, akan menggunakan sistem operasi Android padanya. Selain daripada itu, sama seperti generasi pertamanya, Atrix 2 turut sama akan membawakan sokongan webtop padanya.

Buat masa ini, harga jualan dan bilakah ianya akan dilancarkan masih tidak diketahui. Di Malaysia, Motorola Atrix ditawarkan oleh Maxis melalui pakej khas mereka, dan mungkinkah mereka turut sama akan menawarkan peranti generasi kedua ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd