Selepas beberapa info berkaitan Google Drive kedengaran, kini imej pertama muncul memperlihatkan Google Drive bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Menariknya, melalui paparan antaramuka yang diperlihatkan, ianya serba sedikit menyerupai Google Docs. Turut diperkatakan berkemungkinan Google Docs dijenamakan semula sebagai Google Drive dengan beberapa fungsi tambahan.
Boleh diperkatakan yang mana kita telah mendengar mengenai Google Drive ini untuk beberapa tahun. Dan sebelum ini, Google sendiri telah memperkenalkan pelbagai sokongan pada Google Docs, termasuk ruangan storan secara percuma sehingga 1GB, dengan kebolehan bukan sahaja menyimpan fail dokumen, tetapi termasuk video, gambar dan juga fail PDF.
Namun begitu, melalui Google Docs kelak, ia dijangka akan membawakan beberapa perkara tambahan, termasuk sokongan sync ke pelbagai platform termasuk peranti mudah-alih.
Melalui paparan antaramuka yang diperlihatkan, ianya menunjukkan produk Google dinamakan sebagai Drive, dan beberapa perubahan pada menu menyerupai Google Docs, dengan perubahan nama dari My Collections kepada My Google Drive.
Mungkinkah pelancaran ataupun penjenamaan semula Google Drive makin dekat?