Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini Yes telah pun memulakan pendaftaran untuk ujian beta bagi aplikasi Yes Life pada Android. Sebelum ini Yes telah pun memperkenalkan Yes Life pada platform iOS membolehkan para pengguna membuat panggilan dengan mudah terus melaluinya dan dicaj menggunakan akaun Yes, dan menariknya ia turut disokong tanpa sebarang kad-SIM dan sebagainya.

Dengan pembukaan ujian beta ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana berkemungkinan pengenalannya adalah tidak jauh lagi. Berkemungkinan Yes Life untuk Android akan menyokong Android versi Eclair 2.1 dan terkini memandangkan ianya merupakan pilihan minimum pada pendaftaran ujian beta tersebut.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftar minat untuk turut serta dalam ujian beta, dan menguji Yes Life untuk Android sebelum pengguna lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd