Samsung Galaxy S2 Terjual Lebih Daripada 10 Juta Unit

Samsung Galaxy S2 Terjual Lebih Daripada 10 Juta Unit

Diterbitkan pada Sep 26, 2011 oleh .

Salah satu peranti daripada Samsung yang mendapat sambutan ramai adalah Samsung Galaxy S2. Setelah mengumumkan jualan sehingga 6 juta peranti pada beberapa minggu yang lepas, hari ini Samsung mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih daripada 10 juta unit Samsung Galaxy S2 buat masa ini.

Samsung Galaxy S

Dan menariknya adalah dimana Samsung Galaxy S2 masih belum dijual di Amerika Syarikat buat masa ini. Ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang besar, dan merupakan peranti Android terkini yang menerima permintaan yang tinggi daripada ramai pengguna.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S2 ditawarkan oleh Maxis, Celcom, DiGi dan juga UMobile melalui pakej eksklusif mereka masing-masing. Tawaran melalui empat syarikat telekomunikasi negara sendiri memperlihatkan permintaan yang tinggi untuk peranti ini.


TIPS & ULASAN