Sony Ericsson Malaysia Mengemaskini Harga Xperia Ray – Kini RM1279

Sony Ericsson Malaysia Mengemaskini Harga Xperia Ray – Kini RM1279

Diterbitkan pada Sep 26, 2011 oleh .

Nampaknya, tempoh hari, Sony Ericsson Malaysia telah silap mengeluarkan harga peranti Xperia Ray, dimana harga sebenar jualannya di Malaysia adalah RM1279 dan bukannya RM1899 seperti mana diperkatakan sebelum ini. Namun begitu, ia turut dilaporkan yang mana kedai-kedai diseluruh negara telah mulakan jualannya pada harga RM1279 dan ada yang menawarkannya pada harga lebih rendah daripadanya.

Melalui Xperia Ray, peranti Android Gingerbread itu membawakan cip pemprosesan 1GHz dengan skrin sentuh seluas 3.3-inci, kamera 8.1-megapixel dengan sokongan Exmor R.

Mereka yang beminat boleh mendapatkan peranti Xperia Ray ini daripada pengedar rasmi seluruh negara pada harga RM1,279.


TIPS & ULASAN