Cari @ Amanz

Dengan lebih ramai yang mula membeli tiket penerbangan mereka secara atas talian, semestinya anda inginkan harga yang rendah untuk tiket tersebut, dan berjimat ke atas kos penerbangan anda. Kini, perkara tersebut boleh dilakukan dengan mudah melalui perkhidmatan baru yang dipanggil Fleapy.

Buat masa ini, Fleapy masih lagi pada peringkat beta, dan ia hanya menawarkan sokongan untuk Air Asia dan Air Asia X dari Malaysia Singapura, Thailand, Indonesia dan juga Australia. Melalui laman Fleapy, para pengguna hanya perlu memilih destinasi, dan anda akan diperlihatkan dengan beberapa tiket penerbangan bersama-sama dengan tarikh penerbangan dan harga tiket untuknya.

Selain daripada versi web, Fleapy juga dilihat menawarkan aplikasi Chrome mereka, membolehkan para pengguna untuk mengikuti dan melakukan pelbagai pembelian tiket terus melalui pelayar web dengan mudah dan pantas.

Tips awal daripada @Kamal

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd