Cari @ Amanz

Dengan industri tawaran harian yang semakin meningkat naik di Malaysia, terkini Coopown turut sama menyertainya dengan membawakan konsep pembelian berkumpulan sama seperti beberapa laman popular yang lain. Dan menariknya, sebagai salah satu hadiah ganjaran untuk pelancaran mereka, Coopown menawarkan beberapa hadiah menarik seperti Samsung Galaxy Tab, iPad 2 dan juga Nikon D500 kepada para pengguna bertuahnya.

Secara ringkasnya, Coopown merupakan salah satu laman web yang menggunakan konsep kuasa beli orang ramai dalam membawakan diskaun hebat kepada para pengguannya. Coopown juga menjanjikan akan menawarkan tawaran hebat dengan diskaun sehingga 50% pada pelbagai barangan, termasuk pelancongan, makanan, spa, tiket aktiviti riadah dan banyak lagi. Dan menariknya, para pengguna Coopown boleh menikmati perkara ini setiap hari melalui halaman rasmi mereka.

Walaubagaimanapun, Coopown mempunyai pendekatan yang berbeza berbanding dengan syarikat-syarikat lain di seluruh dunia yang menawarkan konsep pembelian berkumpulan. Konsep baru yang akan diketengahkan oleh Coopown akan menjadi penggerak industri dan akan merevolusasikan pendekatan konsep pembelian berkumpulan di peringkat antarabangsa. Pembaharuan oleh Coopown akan menjadi pemangkin terhadap konsep pembelian berkumpulan sedia. Lihat perbezaan yang akan dilakukan oleh Coopown berbanding dengan syarikat-syarikat lain di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, Coopown menawarkan pelbagai hadiah menarik bersempena dengan pelancarannya, termasuk beberapa hadiah popular, seperti iPad 2 dan Galaxy Tab. Untuk memenanginya, para pengguna hanya perlu melakukan tiga perkara mudah sahaja, iaitu:

  1. Mendaftar di laman Coopown
  2. Like akan laman Facebook Coopown
  3. Ikuti @Coopown di laman Twitter

Jadi, apa tunggu lagi? Jadilah antara yang terawal, dan menangi pelbagai hadiah menarik melaluinya.

Artikel ini ditaja sepenuhnya oleh Coopown. Advertorial

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd