AirAsia X Bakal Menawarkan Galaxy Tab Dalam Penerbangan

AirAsia X Bakal Menawarkan Galaxy Tab Dalam Penerbangan

Diterbitkan pada Sep 26, 2011 oleh .

Hari ini, Tune Box, iaitu syarikat disebalik Air Asia bersama-sama dengan Samsung telah pun mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, Samsung akan menawarkan tablet Android mereka iaitu Galaxy Tab kepada para penumpang Air Asia X untuk digunakan didalam kapal terbang ketika penerbangan.

Melaluinya kelak, Galaxy Tab akan ditawarkan kepada para penumpang untuk digunakan ketika penerbangan, dimana setiap satunya akan dihubungkan kepada WiFi didalam kapal terbang, membolehkan para penumpang Air Asia X menikmati dan menonton video, muzik dan juga permainan ketika dalam penerbangan.

Perkara ini juga diperkatakan yang mana Galaxy Tab tersebut turut sama akan digunakan dalam memudahkan kerja pengurusan penerbangan oleh krew penerbangan dengan lebih mudah.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN