Kini Anda Boleh Bermain Congkak Pada Peranti iOS

Kini Anda Boleh Bermain Congkak Pada Peranti iOS

Diterbitkan pada Sep 26, 2011 oleh .

Nampaknya satu demi satu permainan tradisional Malaysia dibawa ke platform iOS. Jikalau sebelum ini kita dapat melihat permainan gasing diperkenalkan pada platform iOS untuk pengguna iPhone, kini ia kelihatan yang mana permainan congkak turut sama dibawa ke platform iOS, membolehkan semua pengguna yang berminat memuat-turun dan mainkannya secara percuma.

Sama seperti permainan congkak biasa, ia membolehkan anda bermain bersama-sama dengan rakan anda (atau bersama komputer) dengan mudah terus melalui iPhone atau iPod Touch.

Selain daripada itu, menurut pembangunnya, sekiranya Congkak Craze mendapat minat yang ramai, mereka mungkin akan memperkenalkan beberapa permainan tradisional yang lain pada platform iOS, termasuk salah satu permainan yang menarik minat kami, iaitu Batu Seremban.

Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkaitan dengannya untuk pengguna Android, Symbian dan lain-lain. Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya terus daripada AppStore hari ini secara percuma.


TIPS & ULASAN