Sebelum ini Google telah pun mengumumkan Google+ Games bersama-sama dengan Zynga, dan kini menariknya, hari ini Zynga mengumumkan pelancaran permainan popular mereka, iaitu CityVille pada Google+ dengan nama CityVille+. Sebelum ini, pada bulan lepas Zynga turut memperkenalkan Zynga Poker pada Google+.
CityVille merupakan salah satu permainan popular di Facebook, dimana melalui permainan tersebut, ia membolehkan para pemain membangunkan bandar mereka sendiri, dan menguruskannya, serta memperkembangkannya dari semasa ke semasa. Kini, dengan pengenalan CityVille+, ia bakal membawakan permainan tersebut kepada platform Google+, dan pada masa yang sama turut memberikan kesan positif ke atas penambahan angka pengguna Google+.
Mungkin selepas ini, kita turut sama akan dapat melihat Zynga memperkenalkan lebih banyak permainan popular mereka pada platform Google+, sekaligus turut memegang pasaran permainan sosial pada Google+.