Nuffnang nampaknya terus memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka kepada negara-negara berhampiran, dimana selepas Filipina, Singapura, China dan Hong Kong, kini Nuffnang juga bakal memulakan perkhidmatan mereka di Thailand. Buat masa ini, nama domain, dan pejabat telah didaftarkan, tetapi masih belum mula beroperasi lagi buat masa ini.
Ia dilihat, yang mana Nuffnang telah pun mendaftarkan nama domain Nuffnang.co.th dibawah nama organisasi Nuffnang (Thailand) Co. Ltd. Selain daripada itu, ia juga dilihat mereka telah mengiklankan pelbagai jawatan kosong untuk Nuffnang Thailand, yang mana kini tidak lagi ditawarkan, memperlihatkan jawatan-jawatan tersebut telah diisi dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dengan pelancaran Nuffnang Thailand, ia bakal menjadi negara ke-tujuh dimana Nuffnang dilancarkan, selepas Malaysia, Australia, Singapura, Filipina, China dan juga Hong Kong.