iPhone 5 Bakal Membawakan Cip A5, 1GB RAM Dan Kamera 8-Megapixel?

iPhone 5 Bakal Membawakan Cip A5, 1GB RAM Dan Kamera 8-Megapixel?

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Setelah ia diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iPhone 5 pada 4 Oktober kelak, kini ura-ura dan laporan berkaitan dengan spesifikasi yang bakal dibawakan oleh telefon pintar generasi baru daripada Apple itu mula kelihatan. Selain daripada cip pemprosesan A5, kini ia turut dilaporkan yang mana iPhone 5 bakal membawakan 1GB RAM bersama-sama dengannya.

Ia diperkatakan penggunaan memori yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan beberapa perkara baru pada iPhone 5 kelak, dan salah satunya merupakan fungsi Assistant, yang mana membolehkan anda memberikan arahan suara kepada peranti iPhone anda. Fungsi Assistant ini merupakan aplikasi yang bakal diperkenalkan bersama iOS 5, hasil daripada pembelian Siri sebelum ini.

Fungsi Assistant ini juga kelak akan membolehkan anda mengawal pelbagai perkara pada telefon pintar dengan mudah dengan hanya menggunakan suara sahaja. Dan berkemungkinan memandangkan ia memerlukan memori yang tinggi, iPhone sedia ada mungkin tidak akan dapat menggunakan fungsi tersebut. Namun perkara ini masih tidak disahkan buat masa ini.

Selain daripada itu, iPhone 5 turut dilaporkan akan membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengan sokongan rakaman resolusi tinggi. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah iPhone 5 bakal hadir ke Malaysia, namun menurut Maxis, ia akan dibawa masuk secepat mungkin selepas pelancarannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN