YouTube Ingin Melancarkan Saluran Seperti Pada Televisyen?

YouTube Ingin Melancarkan Saluran Seperti Pada Televisyen?

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, kini boleh dikatakan ada sebahagian pengguna internet tidak lagi menonton televisyen, sebaliknya mengikuti pelbagai rancangan kegemaran mereka melalui skrin komputer mereka. Dan kini, YouTube akan terus memperkuatkan perkara tersebut, dimana mereka dijangka akan melancarkan sebuah saluran khas, sama seperti televisyen dengan intisari rancangan khas untuknya.

Buat masa ini, Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya, tetapi ia dilaporkan yang mana melalui sumber-sumber terdekat, Google melalui YouTube telah pun mula mengumpulkan kandungan untuknya dan dijangka akan dilancarkan pada awal 2012 kelak.

Idea mengenai perkara ini masih lagi samar-samar, dan ia diperkatakan yang mana melalui perkhidmatan saluran baru pada YouTube itu kelak, para pengguna boleh mengikuti rancangan kegemaran mereka mengikut jadual yang ditetapkan, dan intisari rancangan akan dikeluarkan, sama seperti apa yang dilakukan saluran televisyen sekarang ini.

Dengan ini, mungkinkah YouTube akan mengantikan televisyen tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN