Cari @ Amanz

Acer Aspire S3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 4 Oktober Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, pada bulan hadapan, kita akan dapat melihat beberapa pelancaran ultrabook di Malaysia, dimana selain daripada Lenovo Malaysia yang dijangka akan melancarakan ultrabook mereka, Acer Malaysia turut sama bakal melancarkannya, iaitu pada 4 Oktober kelak.

Buat masa ini, harga jualannya masih belum diketahui. Ultrabook daripada Acer yang dikenali sebagai Aspire S3 itu membawakan rekabentuk yang menarik, nipis dan ringan, disamping pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri semasa, dimana menggunakan cip pemprosesan tenaga rendah daripada Intel, iaitu Core i3, i5 dan juga i7. Selain daripada itu, ia turut membawakan masa bateri selama 7 jam lamanya, serta hanya setebal 13mm sahaja.

Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini. Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada pelancaran Acer Malaysia itu kelak, khas untuk pembaca Amanz. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()