Nampaknya, Google terus memperkenalkan pelbagai produk baru mereka yang amat berguna kepada manusia, dimana selepas Google Earth yang memudahkan para pengguna untuk menjelajah dunia dengan mudah, kini Google turut membawakan skrol dan manuskrip daripada Skrol Laut Mati (Dead Sea Scrolls) ke dunia internet.
Melaluinya, kini para pengguna boleh mengakses kepada dokumen-dokumen yang berusia lebih daripada 2000 tahun terus melalui atas talian. Menurut Google, dokumen-dokumen tersebut telah ditulis pada abad pertama BCE, dimana pada 68 BCE, ia telah disembunyikan di 11 gua di padang pasir Judah, yang kemudiannya hanya ditemui sekitar tahun 1947.
Kini, para pengguna boleh mengaksesnya secara atas talian di laman rasmi Dead Sea Scroll, dan membacanya dengan mudah melalui bahasa pilihan (melalui teknologi Google Translate), serta melihatnya pada gambar beresolusi tinggi.
Jadi, mungkinkah lepas ini kita akan dapat melihat lebih banyak sumber-sumber sejarah mula dibawa ke arena atas-talian oleh Google dengan bekerjasama bersama-sama dengan pelbagai muzium dan badan sejarah seluruh dunia? Sama-sama kita nantikannya.