Samsung Bakal Melancarkan Peranti Baru Pada 11 Oktober

Samsung Bakal Melancarkan Peranti Baru Pada 11 Oktober

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Selepas memperkenalkan peranti Samsung Wave dan juga tablet serta Galaxy Note pada acara Unpacked beberapa minggu yang lepas, kini Samsung dalam perancangan untuk acara Unpacked seterusnya yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2011 ini di San Diego. Buat masa ini, peranti yang bakal diperkenalkan masih tidak diketahui, tapi ramai mensasarkannya adalah Nexus Prime yang dinantikan.

Walaubagaimanapun, Samsung seperti biasa, masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, dan menjadikannya sebuah teka-teki kepada para peminat dan pengguna mereka.

Sejak beberapa bulan yang lepas, ura-ura berkaitan dengan Nexus Prime telah kedengaran, yang mana merupakan peranti dengan Android Ice Cream Sandwich daripada Samsung. Namun berkemungkinan kita terpaksa menantikan pengumuman daripada Google terlebih dahulu sebelum dapat melihat Samsung melancarkannya.

Selain daripada peranti Nexus Prime, ia juga berkemungkinan yang mana Samsung memperkenalkan peranti Windows Phone Mango pada acara tersebut. Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pada 11 Oktober kelak.


TIPS & ULASAN