Microsoft Memperlihatkan Kegunaan Integrasi Windows Live Pada Windows 8

Microsoft Memperlihatkan Kegunaan Integrasi Windows Live Pada Windows 8

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, melalui Windows 8, Microsoft bukan sahaja membawakan sokongan untuk akaun biasa pada desktop, tetapi turut sama membolehkan para pengguna untuk log masuk ke desktop mereka menggunakan akaun Windows Live. Melalui Windows 8 Developer Preview, fungsi ini masih lagi terhad, tetapi pada versi akhir kelak, ia akan membolehkan anda sync pelbagai perkara melaluinya.

Melalui sebuah video ringkas yang diperlihatkan oleh Microsoft hari ini, ia memperlihatkan yang mana para pengguna boleh melakukan pelbagai perkara menarik dengan penggunaan Windows Live ID sebagai akaun untuk Windows 8. Salah satu perkara menariknya adalah kebolehan menggunakannya pada lebih daripada satu PC, dan ia kelak akan menarik semua tetapan anda seperti mana anda tetapkannya pada PC pertama dengan Windows 8.

Windows 8 Login

Ia akan menarik pelbagai tetapan, daripada gambar untuk skrin kunci, hingga ke penggunaan aplikasi pada desktop, tetapan pada Windows 8, serta pada masa yang sama, membolehkan anda mengikuti aplikasi atau apa yang anda lakukan pada desktop pertama dengan mudah (bagi aplikasi atas talian), seperti menonton video dari minit terakhir anda menghentikannya.

Ini bakal menjadi salah satu perkara yang amat menarik pada Windows 8 kelak. Buat masa ini, Microsoft menawarkan Windows 8 dalam bentu Developer Preview, dimana semua boleh memuat-turun dan mengujinya pada komputer masing-masing.


TIPS & ULASAN