Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Pada Acara iPhone 5?

Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Pada Acara iPhone 5?

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Facebook iPadSalah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna iPad merupakan aplikasi rasmi Facebook. Sehingga kini Facebook masih belum memperkenalkannya walaupun ia telah tersebar sebelum ini. Dan menariknya, kini diperkatakan yang mana Facebook bakal melancarkannya pada tarikh sama iPhone 5 dilancarkan kelak.

Bersama-sama dengan aplikasi Facebook untuk iPad, Facebook juga dijangka akan memperkenalkan kemaskini aplikasi untuk iPhone, yang mana akan membawakan perubahan daripada rekabentuk dan juga kelajuan respon aplikasi tersebut. Sebelum ini, ia turut diperkatakan yang mana Facebook dalam proses membangunkan aplikasi khas untuk gambar, dan bakal diperkenalkan untuk pengguna iPhone. Mungkin kita juga boleh nantikan pengumuman mengenainya.

Sebelum ini, ia dijangka akan yang mana Facebook bakal melancarkannya pada acara F8 yang diadakan minggu lepas. Namun Facebook hanya sekadar mengumumkan fungsi Timeline, dan juga Open Graph. Dan kini beberapa laporan mengatakan yang mana Facebook bakal melancarkan aplikasi iPad mereka bersama-sama dengan pelancaran iPhone 5 oleh Apple kelak.


TIPS & ULASAN