Lebih 21 Laman Web Kerajaan Pahang Digodam Awal Minggu Ini

Lebih 21 Laman Web Kerajaan Pahang Digodam Awal Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Nampaknya, akhir-akhir ini, aktiviti godaman pada laman-laman milik kerajaan semakin meningkat. Setelah beberapa laman dibawah Jabatan Pendidikan Kedah digodam, kini ia dilaporkan yang mana lebih daripada 21 laman web milik kerajaan Pahang digodam oleh salah seorang pengodam dari negara jiran. Walaubagaimanapun, semua laman web tersebut telah pun mula beroperasi seperti biasa hari ini.

Berikut merupakan senarai penuh laman milik kerajaan Pahang yang telah digodam oleh pengodam yang dinamakan sebagai Alex Owners;

  1. Jabatan Agama Islam Pahang (jaip.pahang.gov.my)
  2. Jabatan Kerja Raya Pahang (jkr.pahang.gov.my)
  3. Pejabat Daerah & Tanah Bentong (pdtbentong.pahang.gov.my
  4. Pejabat Daerah & Tanah Bera (pdtbera.pahang.gov.my)
  5. Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands ( pdtchighlands.pahang.gov.my )
  6. Pejabat Daerah & Tanah Jerantut (pdtjerantut.pahang.gov.my)
  7. Pejabat Daerah & Tanah Kuantan (pdtkuantan.pahang.gov.my)
  8. Pejabat Daerah & Tanah Pekan (pdtpekan.pahang.gov.my)
  9. Pejabat Daerah & Tanah Raub (pdtraub.pahang.gov.my)
  10. Pejabat Daerah & Tanah Rompin (pdtrompin.pahang.gov.my)
  11. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang (spa.pahang.gov.my)
  12. Pejabayt DYMM Sultan Pahang (pkdymm.pahang.gov.my)
  13. Pejabat Daerah & Tanah Temerloh pdttemerloh.pahang.gov.my)
  14. Pejabat Daerah & Tanah Maran (pdtmaran.pahang.gov.my)
  15. Pejabat Kewangan Pahang (pkn.pahang.gov.my)
  16. Jabatan Verinar Pahang (vetphg.pahang.gov.my)
  17. Pejabat Tanah & Galian Pahang (ptg.pahang.gov.my)
  18. Bahagian Kerajaan Tempatan Pahang (bkt.pahang.gov.my)
  19. Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang (jkm.pahang.gov.my)
  20. Jabatan Pertanian Pahang (agri.pahang.gov.my)
  21. Pejabat Daerah & Tanah Lipis (pdtlipis.pahang.gov.my)

Buat masa ini, kesemua laman diatas beroperasi seperti sedia kala.


TIPS & ULASAN