Nampaknya, seperti sebelum-sebelum ini, pelayar web Firefox versi terkini iaitu Firefox 7 sudah pun selesai dibangunkan. Versi terkini tersebut sudah boleh dimuat turun terus melalui pelayan FTP Mozilla bermula hari ini, untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac. Namun begitu, Mozilla masih belum mengeluarkan sebarang penggumuman rasmi berkaitan dengannya.
Sebelum ini, ketika Firefox 5 dan juga Firefox 6, perkara sama turut berlaku, dimana ia dikemaskini pada pelayan FTP Mozilla terlebih dahulu, sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh Mozilla dua tiga hari selepas itu.
Antara fungsi dan perkara baru yang dibawakan melalui Firefox 7 adalah pengurusan memori yang dipertingkatkan sehingga lebih 50%, membawakan pelayaran web yang lebih pantas dan stabil, sokongan Firefox Sync yang lebih baik, dan banyak lagi.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 7 untuk pelbagai sistem operasi, termasuk Windows, Linux dan juga Mac hari ini, dan menggunakannya terlebih dahulu sebelum pengguna lain.