Cari @ Amanz

Setelah mengambil-alih laman bookmark popular, Delicious daripada Yahoo! sebelum ini, hari ini AVOS, iaitu syarikat disebalik Delicious yang baru telah pun melancarkan versi baru laman mereka, yang mana turut didatangkan bersama-sama dengan pelbagai fungsi baru dan menarik, dalam usaha menarik kembali minat pengguna menggunakan laman tersebut.

Salah satu fungsi baru yang ketara adalah sokongan Stacks yang baru diperkenalkan, membolehkan anda mengumpulkan semua pautan yang anda ingin kongsikan pada satu bahagian, dipanggil Stacks. Dengan fungsi ini juga, ia amat memudahkan para pengguna merujuk kembali kepada sesuatu perkara dengan mudah dan senang, dan tidak lagi seperti sebelum ini.

Selain daripada itu, beberapa perubahan yang diperkenalkan termasuklah navigasi pada laman yang lebih mudah, sokongan multi-tag, sokongan gambar profail, dan beberapa perkara yang lain lagi.

Para pengguna yang berminat, boleh melayari laman Delicious hari ini, dan mencuba pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama dengannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd