Versi Pra-Alpha Pemain Media VLC Untuk Android Sedia Diuji

Versi Pra-Alpha Pemain Media VLC Untuk Android Sedia Diuji

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Pengguna tegar aplikasi pemain media VLC? Kini ia kelihatan yang mana pihak pembangunnya bakal melancarkan aplikasi VLC khas untuk Android, yang mana bakal membawa sokongan memainkan pelbagai jenis media pada peranti Android anda. Buat masa ini, ia ditawarkan dalam bentuk versi pembangunan, dan boleh diuji oleh mereka yang berminat.

Secara ringkasnya, ia boleh dikatakan yang mana pemain VLC untuk Android ini masih lagi pada peringkat pra-alpha dan perlu melalui pelbagai peringkat pembangunan lagi sebelum ia dilancarkan kepada semua secara rasminya.

Dan memandangkan VLC merupakan salah satu projek sumber terbuka, kini kodnya boleh dimuat-turun, atau anda juga turut boleh memuat-turun fail APK yang telah dihimpunkan oleh CVPCS.

Buat masa ini, ia tidak diketahui fungsi apakah yang bakal dibawakan oleh VLC untuk Android, tetapi ia kelihatan yang mana ia akan membawakan sokongan memainkan pelbagai jenis media, termasuk *AVI, *MKV dan sebagainya terus pada peranti Android anda. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN