Nokia 700 RM1025, Nokia 701 RM1130, Nokia 600 RM740

Nokia 700 RM1025, Nokia 701 RM1130, Nokia 600 RM740

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Seperti dinantikan, hari ini Nokia Malaysia telah pun mengeluarkan harga pasaran untuk tiga peranti terkini mereka, iaitu Nokia 700 pada harga RM1025, Nokia 701 pada harga RM1130, dan juga Nokia 600 pada harga RM740.

Buat masa ini Nokia 701 sudah pun boleh didapati di Malaysia, dan Nokia 700 akan mula dijual dalam beberapa hari lagi, sementara Nokia 600 bakal mula dijual di Malaysia bermula beberapa minggu lagi.

Ketiga-tiga peranti ini bakal membawakan Symbian Belle sebagai sistem operasinya, serta menyokong NFC padanya.

Buat masa ini, masih tiada maklumat samada adakah syarikat telekomunikasi akan menawarkannya bersama-sama dengan pakej mereka.


TIPS & ULASAN