Windows Phone Marketplace Versi Web Diperkenalkan Untuk Semua

Windows Phone Marketplace Versi Web Diperkenalkan Untuk Semua

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Dengan Windows Phone Mango yang dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna seluruh dunia tidak lama lagi, kini Microsoft melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan Windows Phone Marketplace versi web kepada semua pengguna, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna membeli aplikasi Windows Phone dan memuat-turun dengan mudah terus melalui pelayar web mereka.

Melaluinya, sekiranya para pengguna membuat pembelian melalui pelayar web mereka, aplikasi tersebut kemudian akan dihantar dalam bentuk pautan pada emel ke peranti Windows Phone, ataupun dalam bentuk SMS, yang mana para pengguna boleh menetapkannya.

Buat masa ini, kami masih lagi belum mencubanya pada pasaran Malaysia, tetapi ia dilaporkan yang mana Windows Phone Marketplace versi web ini diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN