Hab NFC Malaysia Dilancarkan Secara Rasminya – Tag NFC Kini Boleh Ditempah

Hab NFC Malaysia Dilancarkan Secara Rasminya – Tag NFC Kini Boleh Ditempah

Diterbitkan pada Sep 27, 2011 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini NFC Hub telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia, membolehkan para pengguna dan perniagaan tempatan untuk menempah tag NFC mereka terus di Malaysia untuk digunakan bersama-sama dengan beberapa peranti yang menyokongnya, termasuk Nokia, HTC, Samsung, BlackBerry, Motorola, LG dan banyak lagi.

Melalui NFC, ia memudahkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu perkara melalui hanya menyentuh peranti pintar mereka pada tag NFC yang disediakan. Selain daripada itu, ia juga memudahkan para pengguna untuk membuat beberapa perkara, seperti mengikut di Twitter, Like akan halaman Facebook, daftar-masuk lokasi di FourSquare dan sebagainya, dan pada masa yang sama, ia akan memudahkan pemantauan pemasaran mereka.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menempah tag NFC dalam bentuk yang digemari dan mula menggunakannya secara meluas di Malaysia. Kami akan membawakan lebih maklumat berkaitan dengan NFC pada artikel seterusnya.


TIPS & ULASAN