Cari @ Amanz

Hari ini, secara rasminya, Microsoft Malaysia telah pun mengumumkan pelancaran global Windows Phone 7.5 Mango, dimana salah satu platform mudah-alih yang dinantikan ramai akan diperkenalkan kepada semua pengguna sedia ada Windows Phone 7 secara berperingkat bermula daripada hari ini. Sebelum ini, Microsoft juga turut sama memperkenalkan Web Marketplace mereka kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui Windows Phone Mango, Microsoft membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk integrasi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan LinkedIN secara lebih mendalam, pelayar web mudah-alih serba baru – Internet Explorer 9, cara baru untuk mengakses ke aplikasi, serta sokongan sembang berkumpulan terbina yang didatangkan bersama-sama dan sehingga lebih 500 perkara baru yang lain.

Menurut Microsoft, kemaskini Mango akan mula diperkenalkan kepada semua pengguna sedia ada Windows Phone secara berperingkat bermula hari ini, dan ia disasarkan semua pengguna akan mendapat kemaskini tersebut sebelum penghujung Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd