Microsoft Malaysia : Peranti Mango Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Microsoft Malaysia : Peranti Mango Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 28, 2011 oleh .

Selain daripada pengumuman mengenai pelancaran kemaskini Windows Phone Mango kepada para pengguna global, Microsoft Malaysia turut sama mengeluarkan sebuah lagi kenyataan hari ini, mengatakan yang mana peranti Mango akan berada di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang. Walaubagaimanapun, tarikh pasti mengenainya tidak diumumkan oleh Microsoft Malaysia.

Buat masa ini, beberapa peranti Windows Phone Mango telah pun dilancarkan. Antaranya adalah HTC TITAN dan juga HTC Radar, Samsung Omnia W dan beberapa peranti lain lagi. Masing-masing didatangkan dengan pelbagai sokongan menarik padanya, termasuk kamera hadapan untuk panggilan video.

Mungkin kita akan dapat melihat peranti ini mula memasuki Malaysia dalam bulan-bulan akan datang, selain syarikat telekomunikasi yang turut sama menawarkannya melalui pakej dan pelan mereka tersendiri.

Sementara menunggunya, para pengguna Windows Phone 7 sedia ada boleh menyemak samaada peranti mereka telah pun menerima kemaskini Mango yang mula diperkenalkan bermula hari ini sehingga penghujung Oktober kelak.


TIPS & ULASAN