Infografik : Pandangan Pengguna Terhadap Windows 8

Infografik : Pandangan Pengguna Terhadap Windows 8

Diterbitkan pada Sep 28, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang telah diperkenalkan oleh Microsoft baru-baru ini adalah Windows 8, yang mana telah mendapat pelbagai reaksi menarik daripada para pengguna seluruh dunia. Menariknya, syarikat media sosial, MashWork telah pun mengambil pelbagai data yang dikongsikan mengenai Windows 8 daripada Twitter sepanjang 15 June hingga 22 September, dan telah menyediakan sebuah infogrfik ringkas mengenai apa yang diperkatakan oleh para pengguna mengenainya.

Buat masa ini, ia dilihat yang mana Windows 8 menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengguna. Walaubagaimanapun, hampir lebih daripada separuh pengguna yang terlibat dalam kajian memperkatakan yang mana mereka tidak begitu mempercayai yang mana Windows 8 akan berfungsi pada desktop sepenuhnya sepertimana ia berfungsi pada tablet.

Dan menariknya adalah dimana ramai yang membandingkan Windows 8 dengan platform iOS dan Android. Hasilnya, lebih 63% pengguna mengatakan Windows 8 lebih baik daripada iOS, dan perkara sama juga dilihat apabila dibandingkan dengan Android.

Windows 8 telah dilepaskan kepada ujian umum melalui Developer Preview sebelum ini, dimana para pengguna boleh memuat-turun dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit, serta mengujinya terus pada komputer mereka.


TIPS & ULASAN