Cari @ Amanz

MeeGo Dimatikan – Berevolusi Kepada Tizen Dibawah Sokongan Intel Dan Samsung

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, bagi yang tertanya-tanya mengenai masa depan MeeGo, kini berita mengenainya telah pun diketahui. Seperti sedia maklum, MeeGo merupakan gabungan daripada Maemo dan juga Moblin, masing-masing milik Nokia dan Intel yang digabungkan dibawah Linux Foundation, dan kini ia kelihatan pembangunannya akan diteruskan melalui projek Tizen yang mana masih lagi dibawah Linux Foundation.

Projek Tizen ini akan dibangunkan bersama-sama oleh Intel dan juga Samsung, dan akan menggunakan lesen sumber terbuka membolehkan sesiapa sahaja menyertai dan menggunakannya. Menariknya mengenai Tizen adalah dimana ia akan lebih mengutamakan kepada sokongan aplikasi berasaskan HTML5 padanya, serta menyokong pelbagai peranti, dari telefon pintar, tablet sehinggalah kepada televisyen dan kenderaan dan sebagainya.

Para pembangun MeeGo juga kini digalakkan menyertai transasi ke Tizen, memperlihatkan yang mana berkemungkinan kemaskini Tizen akan diperkenalkan kepada para pengguna MeeGo sedia ada. Namun tiada kepastian mengenainya buat masa ini.

Tizen disasarkan untuk dilepaskan pada suku tahun pertama 2012, dengan peranti Tizen pertama daripada Samsung akan berada dipasaran seawal pertengahan tahun hadapan.


Komen ()