Selain daripada fungsi halaman Google+ untuk jenama dan juga perniagaan yang dinantikan ramai, kini beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Google+ kelihatan yang mana bakal menjadikan perkhidmatan laman sosial tersebut lebih menarik. Antaranya adalah termasuk pengenalan Google+ Experts, dan juga sokongan Google Voice padanya.
Melalui Google+ Experts, Google bakal menyediakan dan menawarkan perkhidmatan soal jawab pada laman sosial tersebut, yang mana serba sebanyak akan menyerupai Quora ataupun Facebook Questions. Melaluinya, kelak akan membolehkan para pengguna untuk bertanyakan pelbagai perkara dengan mudah, dan menerima jawapannya daripada rakan-rakan dengan pantas dan senang.
Selain daripada itu, Google+ juga dijangka akan memperkenalkan salah satu perkara yang menyerupai Facebook Wall, membolehkan pengguna lain menulis pada halaman profail anda dengan mudah. Perkara ini, bakal memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan mudah, selain daripada fungsi dimana para pengguna boleh tag rakan lain melalui Google+, untuk hanya dibaca oleh mereka yang ditag sahaja.
Google+ juga dilihat dalam proses mengintegrasikan sokongan produk-produk Google yang lain padanya, termasuk memastikan Google+ bekerja dibawah Google Apps, serta sokongan Google Voice yang akan membolehkan anda membuat panggilan dengan mudah terus melalui Google+.
Selain daripada apa yang kelihatan, semestinya Google sedang dalam ujian percubaan pelbagai fungsi baru lain secara dalaman. Sama-sama kita nantikan perkembangan laman sosial Google ini yang memperlihatkan angka penggunanya meningkat dari hari ke hari.