Cari @ Amanz

Teknologi yang diperlihatkan pada filem sering menjadi perhatian, dan apa yang dulunya dianggap mustahil dan diperlihatkan pada filem, kini sudah pun muncul satu per satu. Dan menariknya, melalui filem Real Steel yang bakal hadir ke panggung tidak lama lagi, ia membawakan beberapa peranti konsep bersama-sama dengannya, dan kini HP memperlihatkan beberapa peranti konsep yang bakal dibawakan oleh filem tersebut.

The ThruScreen

Teknologi skrin lutsinar telah pun diperlihatkan sejak daripada dulu lagi. Dan pada filem ini, ia turut diperlihatkan dengan lebih meluas lagi. Dan padanya, ia menunjukkan yang mana sesuatu objek fizikal diletakkan dibawah skrin lutsinar tersebut, dan boleh dikawal secara maya melalui skrin tersebut dengan mudah.

The VolumeJet

Bosan dengan pencetak sedia ada sekarang yang hanya mencetak dokumen biasa? Melalui VolumeJet, ianya membolehkan para pengguna mencetak dalam bentuk 3D, membolehkan anda menghasilkan apa yang anda lihat pada skrin dalam bentuk fizikal.

The Curve

Rekabentuk dan teknologi skrin melengkung telah pun mula diperkenalkan pada beberapa peranti pada sekarang ini. Mungkinkah kita akan dapat melihat ianya digunakan secara lebih meluas pada masa hadapan kelak?

The Flex

Salah satu peranti yang digunakan secara meluas dalam filem Real Steel tersebut adalah sebuah peranti kecil berbentuk seperti laptop fleksibel yang mana digunakan untuk mengawal robot-robot pada filem tersebut.

Selain daripada produk-produk HP, peranti Nokia juga turut sama kelihatan pada filem tersebut, dan seperti biasa, ianya mungkin sekadar konsep sahaja. Namun, segala konsep yang diperlihatkan, bukanlah suatu perkara mustahil dan mungkin kita akan dapat melihatnya dalam beberapa tahun lagi.

Kemaskini: Ia diperkatakan yang mana peranti Nokia tersebut merupakan salah satu prototaip yang pernah ditunjukkan pada tahun 2008. (via @asrialbaker)

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd