Amazon Melancarkan Kindle Fire Bersama-sama Dengan Amazon AppStore Dan Silk

Amazon Melancarkan Kindle Fire Bersama-sama Dengan Amazon AppStore Dan Silk

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan ramai peminat tablet, hari ini, Amazon secara rasminya telah pun melancarkan tablet mereka, yang dinamakan sebagai Kindle Fire, membolehkan anda menikmati kandungan berbentuk video, permainan, dan juga membaca buku digital terus melaluinya. Kindle Fire juga menggunakan Android untuk beroperasi.

Melalui Kindle Fire, peranti tersebut membawakan skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan Gorilla Glass, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, 512MB RAM, storan terbina 8GB. Ia menggunakan Android 2.3 yang telah diubah-suai pelbagai perkara, dan menyertakan Amazon AppStore padanya mengantikan Google Android Market. Ia turut membawakan sokongan Amazon Cloud Storage, dimana semua buku digital yang dibeli melalui Amazon disimpan padanya.

Selain perubahan pada kedai aplikasi dan antaramuka, Kindle Fire turut sama membawakan pelayar web yang dijana menggunakan perkomputeran awan, dipanggil sebagai Amazon Silk.

Amazon Kindle Fire dijual pada harga $199 dan akan dibuka untuk pra-pembelian untuk pengguna Amerika Syarikat terlebih dahulu. Selain daripada Amazon Kindle Fire, Amazon juga turut sama mengumumkan beberapa tablet dan keluarga Kindle yang baru, iaitu Kindle Touch pada harga $99, Kindle Touch 3G pada harga $149, dan juga Kindle generasi baru pada harga $79 sahaja.


TIPS & ULASAN