JomTTS – Nikmati Teh Tarik Dengan Mudah Bersama Rakan-Rakan Lain

JomTTS – Nikmati Teh Tarik Dengan Mudah Bersama Rakan-Rakan Lain

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Antara aktiviti yang diminati oleh para pengguna Malaysia adalah merupakan lepak bersama rakan-rakan di kedai makan dengan pekena minuman kegemaran terutamanya Teh Tarik. Dan untuk menjadikannya lebih menarik, kini F&N memperkenalkan sebuah aplikasi berasaskan Facebook, dikenali sebagai JomTTS (Jom Teh Tarik Session).

Menariknya melalui aplikasi ini, ia membolehkan para pengguna untuk merancang aktiviti kegemaran mereka itu, selain pada masa yang sama membolehkan rakan-rakan lain menyertainya dengan mudah. Pada masa yang sama, anda juga boleh ketahui kedai-kedai yang menawarkan minuman Teh Tarik yang menarik dan dikunjungi ramai.

Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh memenangi pelbagai lencana khas melaluinya (sama seperti Facebook). Dan sebaik sahaja anda log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan akaun Facebook, ia akan meminta anda mengaktifkan fungsi geolokasi, dimana melaluinya, aplikasi tersebut akan memperlihatkan aktiviti berhampiran, dimana anda boleh mengenali rakan-rakan setempat dengan mudah, sambil pekena Teh Tarik.

Sekiranya tiada sebarang aktiviti, anda sendiri boleh membuat sebuah jadual aktiviti, dan menjemput rakan-rakan lain menyertainya.

Tips daripada Siddiq


TIPS & ULASAN