Yahoo! Melancarkan Aplikasi Flickr Untuk Para Pengguna Android

Yahoo! Melancarkan Aplikasi Flickr Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi Windows Phone 7 sebelum ini, hari ini Flickr melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Android, yang mana melaluinya ia membolehkan para pengguna menambah beberapa efek, dan menghantarnya terus ke Flickr dengan mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, para pengguna juga turut sama boleh berkongsi akan gambar-gambar yang dirakamkan pada laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter terus melalui aplikasi tersebut.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh melihat dan melayari gambar-gambar yang dikongsikan pengguna lain dengan mudah, melalui penggunaan tag, peta dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Flickr rasmi terus daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN