Sebelum ini, bekas CEO Google sendiri telah mengatakan yang mana versi Android akan datang, atau yang mana turut dikenali sebagai Ice Cream Sandwich, bakal dilancarkan sekitar bulan Oktober atau November kelak. Menariknya, kini sebuah video selama dua minit mula diperlihatkan, menunjukkan Ice Cream Sandwich digunakan pada Nexus S.
Daripada apa yang dapat dilihat, ia membawakan elemen antaramuka yang terdapat pada Honeycomb kepada para pengguna telefon pintar, dengan beberapa perubahan pada beberapa perkara, termasuk pada antaramuka aplikasi kamera, bar notifikasi, dan beberapa menu yang lain. Selain daripada tiu, ia turut sama membawakan sebuah menu khas untuk multi-tasking, memperlihatkan senarai aplikasi yang dijalankan, sama seperti pada Honeycomb.
Jadi, mungkinkah ia merupakan video yang benar, ataupun hanya sebuah uji kaji ataupun versi Android yang telah diubah-suai sahaja?