Cari @ Amanz

Lanjutan daripada sebelum ini, nampaknya acara Samsung Unpacked pada 11 Oktober akan datang ini, turut disertai oleh Google, dan jemputan untuknya telah pun mula diedarkan. Dan menariknya, pada kad jemputan tersebut, turut tertulis, apakah baru pada Android, sekaligus memberikan idea yang mana Samsung bersama-sama dengan Google bakal melancarkan peranti Nexus Prime yang dinantikan pada tarikh tersebut.

Nexus Prime dijangka akan menjadi peranti pertama menggunakan Android Ice Cream Sandwich, membawakan pelbagai sokongan baru serta perubahan pada antaramuka, dan diperkatakan akan membawakan beberapa elemen Honeycomb untuk telefon pintar.

Buat masa ini, spesifikasi mengenai Nexus Prime masih tidak diketahui secara rasminya, tetapi semestinya ia akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras yang amat pantas, serta skrin yang luas, diperkatakan sekitar 4.5-inci.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Nexus Prime oleh Samsung dan Google pada tarikh tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd