Nokia Sedang Membangunkan Sistem Operasi Berasaskan Linux Dikenali Meltemi?

Diterbitkan pada Sep 29, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah semalam kedengaran yang mana Samsung dan Intel bakal menyokong pembangunan Tizen, iaitu evolusi daripada MeeGo, hari ini, ia dilaporkan yang mana Nokia bakal membangunkan sistem operasi khas untuk peranti dengan spesifikasi rendah. Buat masa ini, projek tersebut dikenali dengan nama kod Meltemi.

Maklumat mengenai perkara ini masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi diperkatakan yang mana Meltemi kelak akan berasaskan Linux, dan mensasarkan telefon dengan spesifikasi rendah.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat berkaitan perkara ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami