Rekabentuk Aplikasi HTML5 Facebook Mula Kelihatan

Rekabentuk Aplikasi HTML5 Facebook Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Salah satu projek dalaman yang sedang giat dibangunkan oleh Facebook, adalah Projek Spartan, yang mana membawakan aplikasi Facebook dalam bentuk HTML5, sekaligus menjadikannya serasi pada pelbagai platform. Sehingga kini, masih tiada sebarang informasi rasmi berkaitan dengannya, selain daripada antaramuka aplikasi yang kelihatan hari ini.

Melalui aplikasi berbentuk HTML5 ini, salah satu perkara yang diutamakan adalah sokongan aplikasi pihak ketiga terus padanya, sekaligus membolehkan para pengguna Facebook turut menikmati aplikasi pihak keiga terus melalui peranti pintar mereka.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan, dan info berkaitan dengannya masih lagi samar-samar buat masa ini. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN