Carian
HTC Explorer – Peranti Mampu Milik Android Dengan HTC Sense 3.5
September 29, 2011 Aman

Hari ini, HTC secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti telefon pintar terbaru mereka, iaitu HTC Explorer, membawakan antaramuka HTC Sense yang serba baru bersama-sama dengannya, dan dijana sepenuhnya menggunakan platform Android.

Melalui HTC Explorer, ia membawakan skrin sentuh HVGA seluas 3.2-inci, kamera 3 megapixel, cip pemprosesan 600Mhz dengan Adreno 200 GPU, dijana menggunakan Android Gingerbread dan juga antaramuka HTC Sense 3.5.

Buat masa ini, harga peranti HTC Explorer ini masih tidak diketahui, tetapi dijangka akan lebih murah daripada HTC Wildfire S yang dikeluarkan awal sebelum ini. HTC Explorer dijangka akan berada di pasaran Asia bermula daripada suku ke-empat tahun ini.

Komen