Aplikasi PLUS Toll Rate Untuk Para Pengguna Android Dilancarkan

Aplikasi PLUS Toll Rate Untuk Para Pengguna Android Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Selain daripada aplikasi PLUS untuk para pengguna BlackBerry, kini salah satu pembangun tempatan turut sama telah membangunkan aplikasi dengan fungsi yang lebih kurang sama untuk para pengguna Android, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna lebuhraya tersebut mengira jarak perjalanan dan kos yang akan dikenakan dengan mudah dan senang.

Aplikasi PLUS untuk Android ini juga turut sama membawakan sokongan luar talian, membolehkan anda mengira kos setiap plaza tol dengan mudah. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengikuti pengumuman dan berita PLUS dengan mudah terus melaluinya, sekaligus memudahkan anda menguruskan perjalanan anda.

Buat masa ini, aplikasi PLUS Toll Rate ini masih diperingkat beta, dan banyak lagi sokongan bakal diperkenalkan, termasuk sokongan Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Cina tidak lama lagi. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi PLUS Toll Rate ini terus melalui Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN