Cari @ Amanz

Seperti minggu-minggu lepas, minggu ni kami turut sama membawakan kemaskini berkaitan 10 topik dan carian terhangat sepanjang minggu lepas di Google Malaysia. Dan, sama seperti minggu lepas, minggu ini, ia turut dilihat carian terhangat masih memfokuskan pada dunia hiburan tanah-air dan juga antarabangsa.

Berikut merupakan carian popular di Google Malaysia sepanjang minggu lepas, iaitu dari 23 September hingga ke 29 September;

Ahkak Puaka

Carian popular pada minggu lepas lebih memfokuskan kepada blog dengan penulis yang menamakan diri beliau Ahkak Puaka. Blog tersebut lebih menjurus dan memfokuskan kepada penulis blog Jejari Runcing, bekas tunang Khairul Fahmi.

Diana Amir

Salah seorang pelakon wanita popular tanah-air yang kini telah pun mula bertudung turut sama dilihat telah mendapat perhatian ramai pengguna tempatan, dimana melalui Google Malaysia, ramai mula mencari gambar terbaru pelakon tersebut.

Fida

Pelakon drama bersiri Epilog Cinta, iaitu Fida Ibrahim telah pun dirakamkan dengan gaya tudung baru, serta gambar beliau yang memperlihatkan rambut, dimana kedua-duanya telah mula mendapat perhatian meluas di internet, dan dicari oleh ramai pengguna.

Google+

Rangkaian sosial Google yang dinantikan ramai, akhirnya telah pun dibuka kepada umum dalam bentuk beta terbuka. Ia juga kelihatan yang mana Google+ turut mendapat perhatian dari ramai pengguna tempatan untuk mencuba dan mengujinya.

Abduction

Filem terbaru lakonan Taylor Lautner ini telah pun mula ditayangkan dipawagam seluruh negara, dimana mengisahkan mengenai seorang yang mencari pelbagai kebenaran apabila menemui gambar beliau ketika bayi di salah satu laman web carian orang hilang.

Memey Suhaiza

Pelakon kontorversi, Memey Suhaiza Suhaimi dan juga Norman Hakim telah pun mengikat tali perkahwinan pada 28 September lepas, dimana diperkatakan perkahwinan mereka melibatkan wang sebanyak 28 juta ringgit.

Bini Biniku Gangster

Salah satu filem aksi komedi romantik yang telah pun mula ditayangkan di panggung seluruh negara bermula 22 September yang lepas. Menariknya, video trailer filem ini turut mendapat perhatian di YouTube, dimana telah mencapai lebih 500,000 tontonan melalui laman video tersebut.

Calendar 2012

Dengan tahun 2011 yang semakin menghampiri penghujung, ia kelihatan yang mana para pengguna tempatan telah pun mula merancang masa depan, dengan mula mencari pelbagai perkara mengenai tahun hadapan, termasuk berkaitan cuti sekolah dan cuti umum pada tahun 2012.

Fright Night

Lagi satu filem yang mula ditayangkan dipanggung seluruh negara adalah Fright Night, yang mana merupakan kemaskini daripada komedi tahun 1985, yang dilakonkan oleh Colin Farrell.

Jennifer Lopez

Ia juga kelihatan yang mana ramai pengguna tempatan telah menggunakan Google Malaysia dalam mencari berita terkini berkaitan Jennifer Lopez, yang mana telah membeli sebuah rumah berharga lebih $18 juta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd