Carian Google Malaysia Turut Memperlihatkan Data Panggung Dan Masa Tayangan

Carian Google Malaysia Turut Memperlihatkan Data Panggung Dan Masa Tayangan

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Ia tidak pasti sejak bila, tetapi kelihatan yang mana kini carian di Google Malaysia turut sama memperlihatkan data-data mengenai masa tayangan di pawagam-pawagam berdekatan. Fungsi ini telah diperkenalkan untuk beberapa ketika, dan kini dilihat yang mana ianya turut menyokong dan memperlihatkan data-data dari pawagam di Malaysia, terutamanya daripada GSC dan juga TGV.

Selain daripada itu, Google Malaysia turut sama memperlihatkan sebuah pautan khas, membolehkan para pengguna menonton video trailer untuk sesuatu filem tersebut, sebelum membuat keputusan untuk menontonnya di pawagam mana dan pada pukul berapa. Masa tayangan, bahasa filem dan juga peta ke lokasi turut disertakan bersama-sama dengannya.

Ia dilihat yang mana data-data yang diperlihatkan adalah daripada dua panggung terkemuka, iaitu TGV dan juga GSC, dan turut menyokong fungsi geolokasi, dimana setiap panggung yang diperlihatkan adalah berdasarkan kepada lokasi seseorang pengguna itu.


TIPS & ULASAN