Projek Direktori Siswazah UiTM – UiTMDihatiku.com Dilancarkan

Projek Direktori Siswazah UiTM – UiTMDihatiku.com Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Daripada pembangun aplikasi web The Bazar Ramadhan, kini beliau turut sama memperkenalkan projek terbaru yang mana lebih memfokuskan kepada para pengguna dan pelajar di Universiti Teknologi Mara, dan berusaha untuk menyatukan antara satu sama lain didalam sesuatu kampus. Projek yang dikenali sebagai UiTMDihatiku itu kini boleh diakses, dan masih dilabelkan sebagai beta buat masa ini.

Menurut pembangunnya, laman tersebut lebih kepada bersifatkan direktori pelajar berbanding laman sosial, dimana melaluinya, seseorang pelajar itu boleh mengetahui senarai pelajar di sesuatu kampus, yang turut mengambil jurusan yang sama dengan mudah, sekaligus membolehkan mereka mengenali antara satu sama lain.

Laman UiTMDihatiku itu juga menggunakan fungsi Facebook Connect untuk mendaftar, dan diperkatakan hanya menyimpan beberapa data sahaja, seperti nama, nombor pelajar, jurusan, kampus dan sesi pengambilan. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, mungkin beberapa perubahan akan diperkenalkan pada versi akhirnya kelak.

Bagi para pelajar UiTM yang berminat, mungkin anda boleh mencubanya di UiTMDihatiku.com. Dan untuk makluman semua, ianya bukanlah dibangunkan oleh pihak UiTM, sebaliknya dibangunkan oleh salah seorang pelajar yang sedang menuntut disana. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN