Ubuntu One Untuk Windows Dilancarkan Secara Rasminya

Ubuntu One Untuk Windows Dilancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Hari ini, Canonical telah pun memperkenalkan klien rasmi Ubuntu One kepada para pengguna Windows, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna Windows turut sama menggunakan perkhidmatan storan maya yang disediakan oleh Canonical itu dengan mudah, sekaligus memudahkan para pengguna Ubuntu beralih ke platform lain dengan mudah dan senang, tanpa risau tidak boleh akses fail mereka.

Melalui Ubuntu One, ia menawarkan ruangan storan sebanyak 5GB secara percuma, dan turut didatangkan dengan sokongan sync ke pelbagai platform dengan mudah. Dan memandangkan kebiasaannya, pengguna Ubuntu kadang-kala mempunyai lebih daripada satu sistem operasi yang terpasang, pengenalan klien Ubuntu One untuk para pengguna Windows semestinya salah satu perkara yang dinantikan.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Ubuntu One untuk Windows, ataupun turut mendapatkannya untuk Ubuntu dan juga Android.


TIPS & ULASAN