BePrime.my – Laman Iklaneka Tempatan Baru Yang Bakal Bersaing Dengan Lain

BePrime.my – Laman Iklaneka Tempatan Baru Yang Bakal Bersaing Dengan Lain

Diterbitkan pada Sep 29, 2011 oleh .

Nampaknya dunia jual-beli secara atas talian semakin menarik, dimana selepas Lelong, Mudah dan juga Mau.my, kini ia turut disertai oleh syarikat baru dibawah nama BePrime. Sama seperti kesemua laman, BePrime turut sama menawarkan kebolehan untuk para pengguna menghantar dan melihat iklan-iklan pada laman tersebut mengikut kategori dan negeri dengan mudah.

BePrime menjenamakan laman mereka sebagai laman iklaneka atas-talian, serta merupakan salah satu pasaran sosial atas-talian untuk sesiapa sahaja, tidak kira individu ataupun syarikat. Melalui BePrime, para pengguna akan dapat sebuah halaman khas yang membolehkan anda menghantar pelbagai perkara, selain turut diintegrasikan dengan fungsi-fungsi sosial, seperti Facebook dan juga Twitter.

Memandangkan ianya masih lagi baru, mungkin hanya beberapa perkara sahaja disenaraikan pada laman tersebut, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia dapat digunakan secara lebih menyeluruh. Sekiranya anda merupakan salah seorang penjual ataupun pembeli atas talian, mungkin anda boleh menyertai laman BePrime, dan turut memeriahkan industri jual-beli atas-talian di Malaysia.


TIPS & ULASAN